SABIILUNA - JALAN KAMI

Nov 12, 2010

Being On The Other Side...

Genap sebulan kami kahwin. Namun kalau dihitungkan hari, cuma 15 hari (plus plus) sahaja yang kami lalui bersama. Bakinya kami tautkan rindu dan saling mendoakan tiap kali usai solat.

Mengimbau kembali detik bersejarah 2 Dzul Qaedah 1431H bersamaan 10 Oktober 2010, aku lafazkan akad bagai sudah berlatih seminggu sebelumnya. Walhal baru beberapa minit sebelum majlis bermula. Ada juga sahabat yang bertanya sebelum majlis, “kau dah hafal belum lafaz terima nikah?”..”i do aje cukup,” jawab aku bersahaja.

Bagi aku, saat akad itu bukanlah perkara yang perlu aku bimbangkan sangat. Implikasi daripada lafaz akad itu yang lebih utama untuk aku persiapkan diri. Amanah kepimpinan bertambah, tanggungjawab terhadap keluarga bertambah luas, dosa yang dipikul dari isteri dan anak-anak..dalam keadaan ini, ilmu sentiasa perlu bertambah sedangkan masa semakin suntuk. Dahulu kita lebih banyak masa sendirian, namun selepas akad masa yang ada perlu diluangkan bersama. Dahulu kita boleh buat aktiviti ikut dan kita, namun selepas akad perlu consider perancangan pasangan. Dan bermacam-macam situasi ‘dahulu..namun kini’ lagi.

Ramai orang tidak melihat insitusi keluarga itu adalah sebuah binaan yang batu asasnya diletakkan seawal perjanjian akad nikah terlaksana. Bangunan itu tidak serta merta berdiri lantas boleh terus didiami dengan senang lenang mengimpikan semuanya yang indah-indah bakal ditempuh bersama pasangan. Institusi itu dibina batu demi batu, tidak boleh gopoh dan perlu sentiasa cermat. Perlukan persefahaman bentuk rumah apa yang ingin dibina, apa pula yang hendak diisi, siapa yang bakal diami, bagaimana aktiviti-aktiviti di dalamnya..pokoknya, batu asas yang diletakkan perlu betul. Nawaitu mendirikan rumahtangga perlu jelas agar bangunan yang dibina atasnya tidak rapuh. Ya, sebagaimana bangunan yang kukuh berdiri melawan angin kencang dan gemp.

Bagi kami, asas kami benar. Ya, kami ada sejarah tersendiri zaman-zaman sebelum mengenali jalan dakwah. Bahkan boleh juga dikategorikan zaman budak hingusan. Tapi sekadar cerita lama itu tidak mungkin akan membawa kami di mana kami berada sekarang sebagai suami isteri.

Binaan yang telah kami bina ini, kami sulamkan dengan taqwa, kami doakan dalam sujud dan solat istikharah, kami batasinya dengan akhlak islami dan kami hidupkan taaruf dengan cerita-cerita di medan amal. SMS sudah pasti sangat jarang, telepon apatah lagi. Seingat aku cuma 2 kali; sewaktu tayar kereta isteri (masih akhawat bujang ketika itu) pecah dan tersadai di tepi highway UPM dan sekali lagi ketika merancang untuk ke kursus Mahligai Kasih Kita. Itu sahaja sepanjang tempoh taaruf selama setahun.

“Setahun aje korang berkenalan!?,” tanya rakan-rakan sekerja aku kehairanan. Mana mungkin setahun berkenalan, melalui medium SMS dan email sahaja, sudah boleh mendirikan rumahtangga..kerana itu aku katakan ramai tidak melihat institusi keluarga itu sebuah binaan yang perlu dibina bersama. Pembinaan itu selepas akad..sebelum akad cumalah proses mencari jurubina atau rakan kongsi yang sesuai. Proses bertaaruf kami masih on going, bukannya tamat sewaktu akad termetrai. And each time, there’s always something wonderful to learn about the other half.

Sepanjang 15 hari bersamanya, boleh aku katakan dia telah mengubah aku menjadi insan yang lebih baik. Sedikit demi sedikit aku rasakan perubahan itu berlaku. Kearah kebaikan itu pasti.

Sayang, abang doakan rumahtangga kita agar sentiasa dilindungi Allah, dilimpahkan rahmatNya, terus hidup dalam redhaNya, diberkatiNya dengan sakiinah, mawaddah wa rahmah..

HAPPY ONE MONTH ANNIVERSARY

Abang.

Love you and will love you always.

3 DzulQaedah 1431H/10 November 2010

p/s: resolusi keluarga no.1...nak kena buat buku resolusi nanti J

1 comment:

  1. Ya Allah, istajibillahumma du'a anaa..
    noted! draftnya dah ada ;)

    ReplyDelete