SABIILUNA - JALAN KAMI

Sep 4, 2010

Jemputan Walimatul Urus



Bismillahirrahmanirrahim

------------------------------------------------------------------ 

“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa diciptakanNya untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih dan sayang, sesungguhnya yang demikian itu terdapat tanda-tanda kebesaranNya bagi mereka yang mahu berfikir..”
Al-Quran, Surah Ar-Rum : 21

“Bekerjalah membangun rumah tangga muslim agar terwujud sebagai projector yang memancarkan cahaya dan petunjuk kepada orang-orang yang bingung dan sesat di sekitarnya. Ia menghapuskan dan memusnahkan segala kegelapan di sekelilingnya, dan menyinari jalan yang akan dilaluinya dengan sinar hidayah. Maka dengan bertambahnya keluarga muslim seperti ini akan semakin memperluaskan spectrum hidayah, dan satu sama lainnya menjadi satu ikatan yang kukuh, sehingga mempu menyinari masyarakat sekelilingnya..”
Syeikh Mustafa Masyhur, Fiqh Dakwah

“Keluarga adalah asas kebahagiaan. Hanya orang-orang yang menentang naluri kemanusiaan yang tidak mahu berkeluarga. Tanpa keluarga bahagia, tidak ada ketenteraman dalam hati kita. dan sebagai muslim, menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan kita membina sebuah rumah tangga Muslim..”
HAMDY, Rancang Bahagia Suami Isteri
 
------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Mudah-mudahan watikah ini menemui anda semua dalam kemanisan iman dan amal di bulan penuh barakah ini...

Dengan penuh rasa syukur dan mengharapkan keredhaan Allah swt. kami  menjemput dan mengalu-alukan kehadiran anda ke Majlis Perkahwinan kami:

MOHD QAYYIM BIN HAFIDZI
&
ASMA’ BINTI JAMAL


Pada
Ahad 10 Oktober 2010 
bertempat di
Dewan Masjid Universiti Tenaga Nasional,
UNITEN Kampus Putrajaya 
Jamuan Makan
11.00 pagi – 4.00 petang


Semoga dengan kehadiran anda ke majlis kami akan menambahkan seri dan keberkatan majlis

------------------------------------------------------------------

Maklumat lanjut boleh hubungi:
Saudara Qayyim 013-3266832
Saudari Asma' 012-3724467